
\Umur 75 tahun bukan halangan untuk jadi ‘pilot’ dron!
Daripada hanya terlantar di rumah akibat masalah kesihatan dan pergerakan yang terhad, kehidupan Encik Samsuden Ali berubah sepenuhnya apabila beliau mengenali Bola Sepak Dron melalui Pusat Penuaan Aktif (AAC) Jia Ying.
Walaupun tidak pernah menyentuh dron sebelum ini, semangat beliau untuk mencuba perkara baharu begitu luar biasa.
Kisah Encik Samsuden menjadi bukti bahawa penuaan aktif tidak pernah mengenal usia. Dengan keberanian untuk mencuba sesuatu yang baharu, beliau membuktikan bahawa peluang untuk belajar dan kekal aktif sentiasa terbuka.
Laporan Nahwah Aidilreza.

